Followers

Sunday, 6 January 2013

Mengumpat ?

Posted by Unknown at 04:43 0 comments


    Assalamualaikum W.B.T

Pernah tak orang yang kalian kenal,kalian percaya,kalian sayang mengumpat pasal kalian ? Ok,post kali ni bukan aku tujukan pada sesiapa,tetapi aku hanya ingin berkongsi sedikit rasa dan sedikit pendapat aku tentang isu MENGUMPAT ni.Seperti yang korang tahu ye,perempuan sering dikaitkan dengan mengumpat.



Korang tahu tak apa hukum mengumpat ni ?

    DOSA MENGUMPAT ADALAH IBARAT SEPERTI MEMAKAN DAGING SAUDARANYA SENDIRI !!

    Korang tahu ke siapa saudara korang ? Ye,saudara korang adalah UMAT ISLAM yang lain ! Sanggup ke korang memakan daging saudara kamu sendiri ?







Daripada mengumpat,akan timbul dosa baru iaitu MEMFITNAH !!
Seperti yang korang tahu,dosa memfitnah adalah LEBIH BESAR DARIPADA MEMBUNUH !

    Jadi,sanggup ke korang menimbulkan fitnah di atas dunia ni ? Dan sanggup ke korang menanggung seksa dan azab daripada MENGUMPAT DAN MEMFITNAH ? Apakah definisi Fitnah ? Apakah Fitnah ?



Ok,kalau korang kata korang sanggup..Sila baca dialog ini..

Ilya : Ustazah,apakah kita mampu menanggung dosa-dosa hasil daripada mengumpat dan memfitnah ?

Ustazah : Ilya..Kita diciptakan Allah untuk beribadat kepadaNYA sayang.Sekiranya kita melakukan dosa,kita seharusnya memohon ampun bukan membiarkan dosa itu terus menerus..

Ilya : Tapi ustazah,bukankah dosa kepada sesama manusia ini takkan terampun selagimana kita tidak memohon kemaafan daripada orang yang diumpat ?

Ustazah : Benar Ilya.Kita seharusnya memohon ampun daripada orang yang diumpat oleh kita.Seterusnya,seperti yang Allah katakan,kita juga perlu memohon keampunan Allah kerana telah menyatakan keburukan hambaNYA.

Ilya : Jika orang yang mengumpat itu tidak ingin memohon maaf dan insaf bagaimana ustazah ? Sekiranya dia memberitahu dia mampu menanggung dosa-dosa itu bagaimana pula ustazah ?

Ustazah : Pertanyaan yang matang daripada kamu Ilya.Sekiranya si pengumpat itu tidak meminta maaf mahupun insaf akan khilafnya,kita seharusnya mendoakan agar Allah melembutkan hatinya untuk bertaubat daripada dosa lalu.Sekiranya dia memberitahu bahawa dia mampu menanggung dosa itu,Ilya suruhlah dia meletakkan tangannya di atas bara api.Sekiranya dia dapat bertahan,teruskanlah.Sekiranya tidak,hentikan saja.Kerana panas api neraka lebih hebat daripada api dunia..

Ilya : Syukran Jazilan ustazah atas perkongsian ini.Semoga dengan ilmu yang telah ustazah kongsikan ini dapat saya amalkan.

Ustazah : Ahlan Wasahlan ya Ukhti.. =)

_________________________________________________________________________________

Haa,bagaimana wahai pembaca ? Dialog serba ringkas daripada seorang pelajar yang mendambakan ilmu pengetahuan kepada ustazahnya.Ilmu yang kita perolehi seharusnya kita amalkan kerana ilmu itu tiada gunanya tanpa diamalkan..

    Sekiranya anda pelajar agama sekalipun,tetapi engkau tidak mengamalkan ilmu yang diperolehi itu,hidupmu akan sia-sia sayang ! <3

TOLONG !!



Tak pernah ada perkataan TERLAMBAT dalam ISLAM,kerana sesungguhnya antara pintu yang paling luas bukaanya dalam ISLAM ialah PINTU TAUBAT ! Hapuskan perkataan TERLAMBAT itu daripada hatimu !



SEGERA MOHONKAN KEAMPUNAN ALLAH DAN ORANG YANG MUNGKIN PERNAH DIUMPAT OLEH KITA !!



Sebagai penutupnya,marilah sama-sama kita merenungkan sabda Rasul junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W



Assalamualaikum =)

Saya mohon maaf atas kekhilafan saya,yang baik datangnya daripada Allah,yang buruk datangnya daripada saya.

*Alhamdulillah ya Allah,Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah !*

Perpisahan ? No !!

Posted by Unknown at 03:57 0 comments
     Assalamualaikum w.b.t . .

  Hari ni aku tak nak post apa-apa pun pasal segmen or give away,but hari ni aku nak post something about perpisahan.Korang pernah rasa perpisahan ?? Sakit kan ? Tak dinafikan,perpisahan tuh sesuatu yang menyakitkan bagi kita semua.

  
  Aku pasti ramai yang tak inginkan perpisahan.Macam tu jugak dengan aku sendiri :)
Tapi korang kena yakin yang KETENTUAN dan KETETAPAN Allah tu lebih bermakna dan lebih BAIK daripada apa yang kita ketahui.Ingat,Allah tak memberi apa yang kita pinta,tetapi Allah memberikan apa yang kita perlu <3

  Perpisahan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk.Ada yang SANGAT menyedihkan,ada yang BAHAGIA dan ada yang MENYAKITKAN.Aku tahu tu,sebab aku pun dah berapa kali rasa sakitnya perpisahan tu.

  Allah tahu yang kau boleh lalui semua tu :)
Allah turunkan UJIAN sebab DIA tahu kau boleh melaluinya.Aku pasti tu,dan korang pun kena PASTI ! Allah tak uji korang melebihi had yang dapat korang tanggung.Dan korang takkan dipanggil ORANG YANG BERIMAN selagi tak diduga.


  Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa kita yang harus menghadapi perpisahan itu ? Sedarkah kalian,setiap insan yang bergelar MANUSIA akan menghadapi saat-saat perpisahan itu ? 

    Allah akan gantikan kembali kesedihan dan tiap titisan air matamu itu kepada kegembiraan sayang ! Di sebalik kesedihan,tersembunyi kegembiraan.Di sebalik perpisahan,tersembunyi seribu rahsia dan rahmat Allah yang tidak kita ketahui.

    Satu saat nanti,believe me my dear friends,kamu takkan menyesal atas ujian Allah keatasmu,kerana kamu akan mengerti,sesungguhnya Allah mengujimu kerana DIA ingin melihat sejauhmana kesabaran dan ketakwaanmu sekaligus mengajarmu untuk hidup BERDIKARI tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.

    Apapun ketentuan Allah,never forget to say THANK YOU ALLAH ! <3
 

Student Blogging Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting